( Al Mujadalah, ayat 11)
Adakah kita tahu bahawa Ilmu Allah yang
pertama diajarkan kepada Nabi Adam sebelum baginda diturunkan ke bumi
adalah Ilmu Sains dan Teknologi? Astronomi dan Matematik merupakan dua
bidang ilmu yang sangat popular dalam tamadun Islam.
Ini kerana Astronomi mempunyai kaitan dengan kewajipan menunaikan perintah agama seperti penentuan arah kiblat, waktu solat lima waktu penentuan hari dan waktu berpuasa dan bebuka serta berhari raya dan pengembaraan berpandukan bintang-bintang dilangit. Kita juga tahu adalah sunnah memulakan perjalanan diwaktu malam. Imam Al Ghazali. seorang ulama Islam dan pakar astronomi mengatakan bahawa belajar astronomi adalah fardhu kifayah. Matematik pula berkaitan dengan pembayaran zakat, pembahagian harta pusaka dan dan urusan perniagaan dan muamalat. Al Khawarizmi berkata sumbangan ahli matematik Islam, Al Jabbar adalah suatu ibadat dalam mempermudahkan hukum syariah dalam pembahagian harta pusaka, perniagaan dan sebagainya. Kesimpulannya dalam Islam, AL QURAN dan SAINS itu berkait rapat.

Untuk menguasai Sains, seseorang itu
mesti menguasai Matematik dahulu. Cuba kita lihat subjek Sains.. seperti
Chemistry samada Organic dan Inorganic Chemistry atau Biology – Botany
atau Zoology asasnya.. pencerapan pemerhatian, mengeluarkan formula
semuanya memerlukan kemahiran matematik. Apa lagi jika ia adalah subjek
Physics.. Matematik adalah satu kemestian atau kewajipan. Sebab itulah
saya sangat fanatik mengajar anak saya matematik dari kecil. Pada umur
bayi telah diperkenalkan mereka dengan nombor dan kuantiti, pada umur 3
tahun ajar mereka menulis nombor bagi persedian mengajar operasi
matematik, pada umur 4 tahun, mereka sudah tahu apa nombor negatif dan
positif serta melakukan pengiraan jika ia digabungkan. Dan pada umur 5
tahun, diajar menggunakan daya imaginasi untuk mendapatkan jawapan.
Semoga perkongsian saya ini dapat memberi idea dalam mendidik anak
tersayang supaya mereka menjadi antara orang yang BERIMAN dan BERILMUyang ALLAH tingkatkan beberapa darjat dari orang lain didunia dan diakhirat nanti.
Yang paling terakhir, dari pemerhatian
saya melalui dua orang anak saya (eksperimen sampel), kanak-kanak lebih
cepat dalam pengiraan Matematik setelah mereka menghafal surah Ar
Rahman. Wallahualam. Sebuah buku tentang surah ini pernah ditulis oleh
Salleh (2008) yang bertajuk : “Surah Ar Rahman: Tafsiran dan Fakta-Fakta
Saintifik”. Ingin saya maklumkan bahawa bukan semua orang mampu
mendengar surah ini kerana ada yang tidak tahan untuk terus
mendengarnya..Jika tidak pernah mendengar surah Ar Rahman dari Darwisya,
bolehlah ke link ini http://www.youtube.com/watch?v=8aldojTxRaw&feature.
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
.. surah ini tidak menententeramkan
hati orang-orang MUNAFIK, kamu akan menjumpai Allah bersamanya pada hari
kiamat, wujudnya seperti wujud manusia yang paling indah, dan baunya
paling harum.
Komentar
Posting Komentar