Berkuda, Sunnah Rasulullah SAW

Rasullah S.A.W sebagaimana sabda Baginda : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim).
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.

“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankannya.” (Riwayat Ahmad)


Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.
Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram.
Dan Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim)

ANTARA KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA
Aktiviti menunggang kuda mampu merangsang dan menguatkan otot, terutama di bahagian paling dalam seperti otot pelvic dan tulang belakang.Melatih individu yang menunggang kuda mengimbangi diri, selaian dapat meregangkan otot yang tegang, di samping memperbaiki kebolehan otot seluruh badan untuk bergerak.
Menunggang kuda dapat mempertingkatkan kecekapan otak kiri bagi menjadikan seseorang itu lebih peka dan tangkas dengan persekitaran. Menurut para penyelidik otak seperti Dr. Roger Sperry dan Dr Robert Orstein, otak kiri berfungsi dalam mengingati ilmu, data dan fakta; menggunakan fikiran logik, bahasa matematik, menganalisa, berfikir mengikut urutan dan lain-lain
DEFINISI Hippo (badak air) berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu Hippocrates yang bermaksud kuda. Menurut Mosby (2001) ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah mengalami sebarang penyakit atau kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal. Hippoterapi bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda.
Faedahnya meliputi seluruh tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, termasuk fizikal dan mental.
Penunggang kuda terhindar dari masalah sakit belakang.
Membantu mencerahkan penglihatan mata kerana terdapat rangsangan terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan ‘galloping ‘ kuda.
Menunggang kuda baik untuk merawat sistem penghadaman, sistem saraf, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum.
Kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal, misalnya lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan dan melatih otot kaki mereka sehingga boleh berjalan.
Terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan, pendidikan dan pengubatan yang sangat diperlukan dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak khas.
Membantu individu yang memiliki masalah mental dan emosi, membina konsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi serta membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara kuda dan penunggangnya juga membantu mengatasi rasa ketakutan (terapi emosi).

Komentar